Saturday, May 6, 2017

M 170 KRONISME ATAU TALENT


.
nepotisme?
KRONisme?
atau
TaLENt?


Blood relationship between blood political and administration figures in Malaysia is not a new things. This also happens in other countries  including developed countries. Blood relationship between the leaders of the country has been in existence since time immemorial for the monarchical government that is holding the principle of genealogical history for inherited a government. 

For democratic or autocracial countries consanguinity among the nation's leaders are either designated to inherit on the basis of maintaining power and wealth or genuine leadership talent owned by someone.

Anak Nabi Adam alaihissalam, Seth dipilih menjadi Nabi (walaupun tidak disenaraikan sebagai 25 Rasul yang wajib diketahui). Adakah ia kronism atau nepotism.

Dua anak Nabi Ibrahim alaihissalam, iaitu Ismail dan Ishak dilantik menjadi Rasul Allah. Anak Nabi Ishak alaihissalam, Yaakub juga dilantik oleh Allah menjadi Rasul, dan seterusnya anak Nabi Yaakub alaihissalam yang bernama Yusuf juga dilantik menjadi Rasul. Nabi Luth juga adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim alaihissalam. Adakah ia kronism atau nepotism.

Nabi Musa alaihissalam dan Nabi Harun alaihissalam juga bersaudara (adik beradik). Nabi Musa alaihissalam adalah juga menantu Nabi Syuaib alaihissalam. Adakah ia kronism atau nepotism.

Nabi Sulayman alaihissalam adalah anak kepada Nabi Dawud alaihissalam. Nabi Zulkifli alaihissalam adalah anak kepada Nabi Aiyub alaihissalam. Adakah ia kronism atau nepotism.


Nabi Yahya alaihissalam adalah anak kepada Nabi Zakaria alaihissalam. Manakala Maryam, ibu kepada Nabi Isa alaihissalam adalah anak saudara kepada Nabi Zakaria alaihissalam. Adakah ia kronism atau nepotism.


Setelah Muhammad Rasulullah s.a.w. wafat, pemerintahan Kerajaan Islam diambil alih oleh Saiyidina Abu Bakr r.a. (Abu Bakar adalah bapa mertua Rasulullah dengan isterinya Aisyah r.a). Apabila Abu Bakar r.a meninggal dunia, ia digantikan oleh Umar r.a. (umar juga adalah bapa mertua Rasulullah, dengan isterinya Hafsah binti Umar). Apabila Umar meninggal dunia, ia digantikan oleh Uthman r.a. Uthman adalah menantu Rasulullah kepada dua putri Rasulullah, Kalthum dan Ruqaiyyah. Setelah Uthman r.a meninggal dunia, Ali bin Abi Thalib dilantik menjadi Khalifah. Ali adalah sepupu dan juga menantu Rasulullah s.a.w. Adakah ia bukan kronism atau nepotism.


Mengikut sejarah Islam, KRONISME dan NEPOTISME dikesan mula berlaku dalam Kerajaan Islam berlaku dalam zaman Khalifah Uthman bin Affan. DIsebut dalam buku sejarah bahawa beliau melantik kalangan ahli keluarga untuk memegang jawatan penting Kerajaan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengampun kerana beliau adalah dijamin ahli syurga oleh Rasulullah.


Nepotisme mula kelihatan jelas apabila Keluarga Umaiyyah mengambil alih pemerintahan Kerajaan Islam 'Khulafa'urRasyidin' setelah kemangkatan Saiyidina Ali r.a.


Muawiyyah bin Abu Sofiyan telah menamakan anaknya Yazid sebagai bakal pengganti..... dan trend ini diikuti oleh hampir semua Khalifah Umaiyyah sehingga ia ditewaskan oleh keluarga Abassiyah. Kerajaan Abassiyah juga meneruskan cara pemerintahan berasaskan keturunan ini tanpa mengambil kira kewibawaan dan ketaqwaan.


Nepotisme ini telah menyebabkan Kerajaan Islam menjadi lemah dan hilang upaya kerana pemerintah yang tidak berkelayakan, tidak berpegang teguh kepada syariat islam, banyak menggalakkan maksiat seperti materialisme, minuman keras dan perzinaan.


Senario di USA

Presiden ke 4 USA, James Madison (1809-1817) adalah adik ipar kepada George Washington, Presiden yang pertama (1789-1897). James Madison juga adalah dua pupu kepada Zachary Taylor, Presiden ke 12 (1949-1950)

John Qincy Adams, Presiden ke 6 (1825-1829) adalah anak kepada Presiden kedua, John Adams (1797-1801).


 
John Q. Adams dan John Adams

Benjamin Harrison, Presiden ke 23 (1889-1893) adalah cucu kepada William Henry Harrison, Presiden ke 9 (1841).


  
Ben Harrison dan William Harrison

Franklin Delano Roosevelt (FDR), Presiden ke 32 (1933 - 1945) adalah lima pupu kepada Presiden ke 26 (1901 - 1909) Theodore Roosevelt. Isteri FDR, Eleanor adalah anak saudara kepada Theodore. Tetapi kehadiran FDR sebagai Presiden USA tidak dapat dikaitkan dengan kroni Theodore kerana jarak masa yang agak jauh. 

T Roosevelt.jpg FDR in 1933.jpg
Theodore dan FD Roosevelt

President ke 35 (1961 - 1963), John Fitgerald Kennedy mempunyai dua orang adik yang menjadi Senator dalam Dewan Perwakilan Senate USA iaitu Senator Robert Kennedy dan Senator Edward Kennedy. John dan Robert kedua-duanya telah mati ditembak.

John F. Kennedy, White House photo portrait, looking up.jpg 
JF, Robert dan Edward Kennedy

President ke 43 (2001 - 2009) George Walker Bush  adalah anak kepada President ke 41 (1989 - 1993), George Hebert Walker Bush. 

George-W-Bush.jpeg  George H. W. Bush, President of the United States, 1989 official portrait.jpg
George Bush dan George H W Bush

Bekas Setiausaha Negara USA ke 67 (2009 - 2013), Hilary Rodham Clinton adalah isteri kepada Presiden USA ke 42 (1993 - 2001), William Jeff 'Bill' Clinton. Hilary bertanding dalam pilihanraya Presiden USA ke 68 (untuk penggal 2017-2021) tetapi tewas kepada Donal Trump.

Hillary Clinton official Secretary of State portrait crop.jpg  Bill Clinton.jpg
Hilary Clinton dan Bill Clinton

Di negara Asia dan Afrika pula lebih banyak penguasaan ahli keluarga dalam mewarisi sesuatu Kerajaan. Negara yang berideologi sosialis/komunis yang dikatakan mengutamakan kesamarataan tetap wujud unsur-unsur kronisme atau nepotisme.

Senario di India

Di India, Ketokohan Perdana Menteri Pertamanya Pandit Jawaherlal Nehru (1946 - 1964) telah diwarisi oleh anak perempuannya Indira Priyadarshini Gandhi yang menjadi Perdana Menteri India sebanyak dua kali iaitu PM ke 5 (1966 - 1977) dan PM ke 8 (1980 - 1984) seterusnya diwarisi oleh anak lelaki Indira Gandhi, Rajiv Gandhi yang menjadi PM India ke 9 (1984 - 1989). Sebelum ini Indira telah menunjuk anaknya yang bungsu Sanjay Gandhi sebagai calon pengganti tetapi Sanjay telah mati dibunuh (1980). Indira juga mati dibunuh (1984) dan digantikan oleh abang Sanjay, Rajiv Gandhi. Rajiv juga mati dibunuh oleh pengebom berani mati (1991).

Isteri Rajiv, Sonia Gandhi (keturunan Italy) telah dilantik menjadi President Parti Kongres India menggantikan Rajiv. Anak lelaki Rajiv, Rahul Gandhi juga aktif dalam politik dan kini adalan Naib Presiden Parti Kongress.

Rajiv Gandhi (1987).jpg Indira2.jpg 
Rajiv, Indira dan Sanjay
Related image  

Sonia dan Rahul

Senario di Iraq dan Libya

Di Iraq,  Bekas Presiden Saddam Hussein (1979 - 2003) telah menetapkan anaknya Udai dan Qusay untuk mengambil-alih kuasa di Iraq tetapi tidak berjaya kerana dia telah dihukum bunuh pada tahun 2006 setelah digulingkan. Uday dan Qusay terbunuh semasa serangan tentera Amerika ke atas Iraq pada tahun 2003 manakala


Image result for sadam  Related image  Qusay Hussein.jpg
Sadam Hussein, Uday/Odai dan Qusay

Di Libya,  Bekas Presiden Muaamar Ghaddafi (1969 - 2011) telah menetapkan anaknya Saifull Islam untuk mengambil-alih kepimpinan Libya tetapi hasratnya tidak kesampaian kerana kerajaannya telah dijatuhkan dan dia telah diburu dan dibunuh dengan kejam.


Muammar al-Gaddafi at the AU summit.jpg  
Muammar dan Saif

Senario di Syria

Di Syria, bekas Presiden Hafiz Ali Sulayman al Assad (1971 - 2000) digantikan oleh anaknya Bashar Hafiz al Assad yang memerintah sehingga sekarang. Hafiz pada mulanya menunjuk adiknya Rifaat al Assad sebagai bakal pengagntinya tetapi Rifaat telah belot dan cuba untuk menggulingkannya lalu dibuang negara. Hafiz kemudian menunjuk anaknya Bassel al Assad tetapi Bassel telah terbunuh dalam kemalangan jalanraya. Kematian Bassel telah digantikan oleh adiknya Bashar yang mengambil alih pucuk pimpinan Syria apabila Hafiz mati pada tahun 2000.

    Image result for bassel assad  
Hafiz, Bassel dan Bashar

Senario di Cuba

Di kepulauan Karibea, sebuah negara komunis tunggal, Cuba diperintah oleh diktator Fidel Alejandro Castro Ruz sejak tahun 1961 telah menyerahkan kuasa (memangku) kepada adiknya Raul Modesto Catro Ruz  apabila dia uzur sejak  tahun 2008 sebelum mengambil kuasa sepenuhnya pada tahun 2011.

  Image result for raul castro
Fidel dan Raul Castro  

Senario di Sri Lanka

Dudley Shelton Senanayake, Perdana Menteri Sri Lanka sebanyak 3 kali iaitu kedua (1952-1953); ke 6 (1960) dan ke 8 (1965-1970) adalah anak kepada Perdana Menteri pertama, Don Stephen Senanayake (1947-1952).



 
Dudley Shelton dan Don Stephen Senanayake

Perdana Menteri Sri Lanka sebanyak tiga kali, iaitu yang PM ke 7 (1960-1965), PM ke 9 (1970-1977) dan PM ke 15 (1994-2000) Sirimavo R D Bandaranaike adalah balu kepada Perdana Menteri ke 4 (1956-1959) iaitu Solomon Ridgeway Dias Bandaranaike. Solomon mati ditembak.

Perdana Menteri ke 14 (1994) dan Presiden Sri Lanka ke 4 (1994-2005), Chandrika Bandaranaike Kumaratunga adalah anak kepada Solomon Bandaranaike (PM ke 4) dan Sirimavo Bandaranaike.


Image result for solomon bandaranaike    Related image
Solomon, Sirimavo dan Chandrika Bandaranaike

Senario di Bangladesh

Siekh Hasina Wajid menjadi Perdana Menteri Bangladesh sebanyak dua kali iaitu kali pertama, PM ke 10 (1996-2001) dan kali kedua, PM ke 13 (2009 hingga sekarang) adalah anak perempuan kepada Siekh Mujibur Rahman, Presiden Bangladesh yang pertama (1970-1975) yang mati ditembak dalam satu rampasan kuasa.


 


Mujibur Rahman dan Hasina Wajed

Senario di Pakistan

Benazir Bhutto, dua kali menjadi Perdana Menteri Pakistan, iaitu 1988-1990 dan 1993-1996 adalah anak perempuan kepada Zulfiqar Ali Bhutto Perdana Menteri Pakistan iaitu 1973-1977. Zulfiqar mati dihukum gantung pada April 1979 manakala Benazir mati dibunuh oleh pengebom berani mati pada Dis 2007 di Rawalpindi.



Image result for zulfiqar ali bhutto  Image result for benazir bhutto
Zulfikar Ali Bhutto dan Benazir

Senario di Filipina

Presiden Filipina yang ke 12, Gloria Macapagal-Aroyo (2001-2010) adalah anak kepada Presiden ke 7, Diosdado Pangan macapagal (1961-1965).


 
Gloria dan Dios Macapagal

Manakala Presiden ke 15, Benigno Simeon 'Noynoy' Cojuangco Aquino III (2010 hingga 2016) adalah anak kepada Presiden ke 11, Maria Corazon Cojuangco Aquino (1986-1992).
.
  
Benigno dan Corazon Aquino

Senario di Thailand

Perdana Menteri Thailand, Yingluck Sinawatra yang mula menyandang jawatan pada 5 Ogos 2011 (hingga kini) adalah adik kepada bekas PM Thaksin Sinawatra yang berkuasa dari Feb 2001 hingga Sep 2006.


Fail:Yingluck Shinawatra at US Embassy, Bangkok, July 2011.jpg Fail:Thaksin crop.jpg
Yingluck dan Thaksin Sinawatra

Sebelum ini, PM Thailand (ke 6) sebanyak tiga kali Seni Pramoj (Sep 1945 - Jan 1946), (Feb - Mac 1975) dan (Apr-Okt 1976),  adalah abang kepada PM Thailand ke 13 (Mac 1975- Apr 1976), Kukrit Pramoj.

Image result for kukrit pramoj  Image result for seni pramoj
Kukrit dan Seni Pramoj

Senario di Indonesia

Presiden Indonesia yang kelima (2001-2004), Dyah Permata Megawati Setyawati Sukarnoputri adalah anak perempuan kepada Presiden Achmad Sukarno, Presiden pertama dan Bapa Kemerdekaan Indonesia (1945-1967)

Related image  Image result for sukarno
Megawati Sukarnoputri dan Sukarno

Senario di Singapore

Brig Gen Lee Hsien Loong, Perdana Menteri ke 3 Singapore (2004 hingga kini) adalah anak kepada Lee Kuan Yew, Perdana Menteri pertama (1965-1990)


Image result for lee kuan yew  Image result for lee hsien loong  
Lee Kuan Yew dan Lee Hsien Loong

Begitulah antara contoh pertalian darah di kalangan pemimpin dunia di luar Malaysia. Bagaimana pula di Malaysia? Ia juga berlaku. Namun nepotisme ala-Malaysia kelihatan lebih demokratik. Kuasa tetap ditangan pengundi atau ahli parti pemerintah mahupun parti oposisi.

Bakat dikutip secara spontan (tanpa dilatih mengikut tangga dari bawah) atas dasar mengenang jasa ayahandanya (apabila berlaku kematian seseorang pemimpin) ataupun bakat yang diuji melalui anak tangga heirarki pemerintahan. Bakat kepimpinan diasah apabila diberi peluang menjawat dari satu jawatan ke jawatan yang lain. Pada masa yang sama pengaruh kuasa 'orang tua' yang masih berkuasa turut memberi kesan untuk meraih undi bagi menduduki kerusi atau jawatan dalam parti.

Senario Malaysia: Dirancang atau Kebetulan? (My Thought)

Semasa almarhum Tunku Abdul Rahman menjadi PM pertama Malaysia, Tunku tidak meletakkan atau mendidik mana-mana anak atau ahli keluarganya menyertai politik. Sejak awal pemerintahannya, Tunku telah menamakan allahyarham Tun Abdul Razak sebagai bakal penggantinya. 

Apabila allahyarham Tun Razak mengambil-alih kepimpinan Malaysia pada tahun 1970 sebagai PM ke 2, beliau menamakan Tun Dr Ismail sebagai bakal penggantinya. Tun Razak yang mengetahui dirinya tidak akan hidup lama akibat serangan leukimia mempunyai harapan ang amat tinggi ke atas Tun Dr Ismail. Namun Allah swt lebih mengetahui, Tun Dr Ismail telah meninggal dunia (1973) lebih awal dari Tun Razak. Dalam kabinet Tun Razak pada masa itu terdapat keluarga rapatnya iaitu allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah (isteri Hamzah, Toh Puan Zainon adalah adik sebapa dengan Tun Razak). Setelah kematian Tun Dr Ismail, Tun Razak melantik Tun Hussein Onn sebagai Timbalannya. Tun Hussein yang telah meminggirkan diri dari politik sejak tahun 1951 sebelum aktif semula pada tahun 1969. Tun Razak membawa masuk Hussein ke dalam kabinet pada tahun 1970 sebagai Menteri Pelajaran dan terus melantiknya menjadi TPM pada tahun 1973 setelah kematian Tun Dr Ismail.

Apabila Tun Razak meninggal dunia pada tahun 1976 (tidak sempat (atau sengaja tidak) mendidik mana-mana anaknya untuk berpolitik) kerana anak sulungnya Mohd Najib baru berusia 23 tahun dan baru menamatkan pengajian di England.  Sebagai PM ke 3,Tun Hussein telah membawa Najib anak sulung Tun Razak (yang baru berusia 23 tahun) ke dalam politik sebagai Timbalan Menteri setelah memenangi PRK Parlimen Pekan menggantikan ayahandanya. Bermula dari situ, kerjaya politik Najib terus meningkat sehingga menduduki jawatan PM ke 4 pada tahun 2009.

Sepereti Tun Razak, Tun Hussein juga tidak mendidik anaknya berpolitik. Hussein melantik Mahathir sebagai Timbalannya setelah melalui proses pemilihan yang getir kerana terdapat calun lain yang lebih senior dalam parti seperti Tengku Razaleigh dan Tun Ghaffar Baba. Apabila Hussein meletak jawatan pada tahun 1981, Tun Dr Mahathir mengambil alih jawatan PM. Mahathir melantik Tun Musa Hitam sebagai bakal penggantinya. Waktu Tun Hussein meletak jawatan anak lelaki sulungnya Hishamuddin baru berusia 20 tahun. Apabila Musa meletak jawatan pada tahun 1986 kerana perselisihan cara pentadbiran, tempatnya digantikan oleh Tun Ghaffar Baba yang menjadi TPM sehingga tahun 1993 apabila dikalahkan oleh Anwar Ibrahim bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Anwar seterusnya dilantik menjadi TPM sehingga dipecat dalam tahun 1998 oleh Mahathir dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tun Mahathir juga membawa masuk anak Tun Hussein Onn, Hishamuddin dalam kancah politik Malaysiadalam tahun 1995 (berusia 33 tahun) sebagai Setiausaha Parlimen.

Semasa Tun Dr Mahathir menjadi PM ke 4 selama 22 tahun, anak Tun Razak (Najib) dan anak Tun Hussein (Hishamuddin) telah membina kerjaya politiknya sehingga keduanya mencapai tahap sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Najib menjadi Menteri Besar pahang dari 1982-1986 sebelum dilantik menjadi Menteri penuh pada tahun 1986.

Tun Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai PM ke 5 pada tahun 2003 tidak mengambil anak Mahathir ke dalam barisan kepimpinan UMNO. Khairy Jamaluddin, menantu Tun Abdullah telah membina kerjaya semasa Tun Abdullah menjadi PM. Abdullah melantik Najib (anak Tun Razak) sebagai Timbalan PM dan melantik Hishamuddin (anak Tun Hussein) sebagai Menteri penuh pada tahun 1999. Khairy Jamaludin Abu Bakar menjadi Ahli Parlimen dalam tahun 2008.

Apabila Najib menjadi PM pada tahun 2009, beliau melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai TPM. Mukhyiddin tiada kaitan persaudaraan dengan mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Najib telah mengambil Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir menjadi Timbalan Menteri (2009). Pada masa ini Hishamuddin telah menjadi Menteri yang kanan dalam kabinet. Najib kemudiannya melantik Khairy Jamaludin sebagai Menteri penuh dalam kabinetnya (2013) dan melantik anak Mahathir, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah (2013).

Berikut adalah antara pertalian darah di kalangan pemimpin di peringkat Negeri atau Nasional di Malaysia. Dalam kajian saya ini tidak melibatkan hubungan ahli politik dengan tokoh korporat tetapi dari kalangan ahli politik  dan juga pegawai tinggi Kerajaan.

Senario Johor
  • ALLAHYARHAM DATO ABDULLAH BIN JAAFAR, MB Johor ke 3 (1923-1928), ALLAHYARHAM DATO' MUSTAPHA BIN JAAFAR, MB Johor ke 4 (1928-1931) dan ALLAHYARHAM DATO' SIR ONN BIN JAAFAR, MB Johor ke 7 (1947-1950)/bekas MP/bekas Menteri/bekas Presiden UMNO) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATO JAAFAR BIN MOHAMAD (MB Johor yang pertama (1886-1919).
  • ALLAHYARHAM DATO ABD HAMID BIN YUSOF (MB Johor ke 5) adalah anak saudara kepada ALLAHYARHAM DATO JAAFAR (MB pertama).
  • ALLAHYARHAM UNGKU ABD  AZIZ BIN UNGKU MAJID (MB Johor ke 6) adalah anak tiri kepada ALLAHYARHAM DATO JAAFAR (MB Johor pertama).
  • ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN BIN DATUK SIR ONN (bekas PM Malaysia ke 3 (1976-1981) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATUK SIR ONN BIN JAAFAR. ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN juga adalah menantu kepada ALLAHYARHAM TAN SRI MOHAMMAD NOAH BIN OMAR, bekas Speaker Dewan Rakyat pertama) dan abang ipar kepada ALLAHYARHAM TUN ABD RAZAK, PM Malaysia ke 2 (1970-1976)
  • ALLAHYARHAM TAN SRI MOHAMMAD NOAH BIN OMAR adalah bapa mertua kepada ALLAYARHAM TUN ABD RAZAK (Tun Rahah) dan juga ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN ONN (Tun Suhailah).
  • DATO SRI HISHAMUDDIN (MP dan Menteri) adalah anak kepada ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN ONN dan cucu kepada ALLAHYARHAM DATO SIR ONN JAAFAR dan cicit kepada ALLAHYARHAM DATUK JAAFAR BIN MOHAMMAD. HISHAMUDDIN juga dalah anak saudara kepada ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK. Dengan itu HISHAMUDDIN jug adalah sepupu kepada DATO SERI MOHD NAJIB (PM Malaysia ke 6)
          

      
    • ALLAHYARHAM DATO' SULAIMAN BIN ABD RAHMAN (bekas Menteri Persekutuan) adalah abang kepada ALLAHYARHAM TUN DR ISMAIL BIN DATO' ABD RAHMAN, bekas Timbalan PM (1970-1973). Kedua-duanya adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATO' ABDUL RAHMAN BIN MOHD YASSIN, bekas Speaker Dewan Rakyat  yang pertama. Seorang lagi adik mereka ABDULLAH BIN ABD RAHMAN adalah bekas Senator.
    • MOHD TAWFIK BIN ISMAIL (bekas MB Sungai Benut) adalah anak kepada ALLAHYARAM TUN DR ISMAIL.

      Datuk Abd Rahman bin Mohd Yassin
        
      Allahyarham Sulaiman dan Allahyarham Dr Ismail

      Mohd Tawfik
      • DATUK AZIZ BIN MOHD YASSIN (bekas MP Muar) adalah abang kepada TAN SRI MUKHYIDDIN BIN MOHD YASSIN (Timbalan PM Malaysia)
      • ALLAHYARHAMAH DATUK HJH FATIMAH BIN SALIM (bekas Senator) adalah adik kepada ALLAHYARHAM TAN SRI REDZUAN BIN SALIM (bekas ADUN)
      • ALLAHYARHAM DATO HJ DAUD (bekas MP/Timbalan Menteri) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATO' HJ TAHA BIN ZAKARIA (bekas ADUN/EXCO Johor)
      Image result for datuk hj daud taha  Image result for datuk hj daud taha
      Almarhum Dato' Hj Taha bin Zakaria dan Almarhum Dato' Hj Daud bin Taha
      • TAN SRI SYED HAMID ALBAR (bekas MP/Menteri) adalah anak kepada ALLAHYARHAM TAN SRI SYED JAAFAR ALBAR (bekas MP/Menteri Muda)
       
      • DATUK ABD HAMID BIN ABD RAHMAN (bekas MP/ADUN) adalah menantu kepada ALLAHYARHAMAH DATO HJH FATIMAH BINTI SALIM (bekas Senator)
        
      • PUAN SRI ATIKAH BT ABDULLAH (bekas ADUN) isteri/balu kepada ALLAHYARHAM TAN SRI REDZUAN BIN SALIM (bekas ADUN)
         
      • SENATOR DATUK HJH SHARIFAH AZIZAH (bekas ADUN/Senator) adalah anak perempuan kepada ALLAHYARHAM DATO SYED ZAIN BIN IDRUS ASSHAHAB (Bekas ADUN/bekas Speaker DUN)
      • DR ROBIAH BT KOSAI, ADUN, bekas MP, bekas SU Parlimen dan sekarang EXCO Johor adalah anak  kepada ALLAHYARHAM DATO HJ KOSAI BIN HJ SALLEH, bekas ADUN/EXCO Johor (1959-1968). Ibu ROBIA iaitu ALLAHYARHAMAH DATIN HAJJAH ZAHARAH BT ABD MAJID adalah bekas ADUN/MP (1969-1982)
      • DATUK OSMAN BIN SAPIAN (bekas ADUN Kempas) adalah abang kepada DATUK MOHD AZIZ BIN SAPIAN (bekas ADUN Nusa Jaya)
        Image result for osman sapian ADUN Johor
      Abdul Aziz Sapian dan Osman Sapian


      • DATUK CHUA TEE YONG (MP/Timbalan Menteri) adalah anak kepada DATO SERI CHUA SOOI LEK (bekas MP/Menteri dan bekas Presiden MCA)
      • DATIN AZIZAH BINTI ZAKARIA (ADUN Parit Raja) adalah isteri kepada DATUK HJ MUHAMMAD BIN AZIZ (bekas MP/ADUN dan Speaker DUN)
      • DATUK ZULKARNAIN BIN HJ KAMISAN (ADUN Seri Medan) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATUK HJ KAMISAN BIN ASHARI (bekas ADUN Seri Medan).
      • MOHD AZHAR BIN IBRAHIM (ADUN Tenang) dan NORSHIDA BINTI IBRAHIM (ADUN Buluh Kasap) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATUK IBRAHIM BIN DAUD (Bekas ADUN Tenang)
        


      Senario Kedah
      • DATO MUKHRIZ BIN MAHATHIR (MB Kedah dan bekas MP) adalah anak kepada TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD (bekas PM ke 4 dan bekas Presiden UMNO ke 5)
      • DATUK ABDUL AZIZ BIN SHIEKH FADZIR (MP) DAN DATUK MUSA SIEKH FADZIR (Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam) adalah adik kepada TAN SRI ABDUL KADIR SIEKH FADZIR (bekas Menteri)

        

      Senario Kelantan
      • ALLAHYARHAM TAN SRI NIK AHMAD KAMIL BIN NIK MAHMUD, bekas MB Kelantan ke 6 (1944-1953), bekas MP dan bekas Speaker Dewan Rakyat (1974-1977) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATUK NIK MAHMUD BIN NIK ISMAIL, bekas MB Kelantan ke 5 (1921-1944)
      Nik Ahmad Kamil Nik Mahmud httpsmuhammadismailibrahimfileswordpresscom  
      • ALLAHYARHAMHA TENGKU NORAISHAH TENGKU AHMAD, bekas MP Tumpat (1974-1982) adalah adik kepada ALLAHYARHAM TENGKU ZAID TENGKU AHMAD, bekas MP Pasir Mas (PAS) (1974-78). Kakanda kepada dua bekas Sultanah Johor, iaiatu Sultanah Nora dan Sultanah Zanariah.
      • TAN SRI TENGKU RAZALEIGH HAMZAH (MP Gua Musang/bekas Menteri) Pusat) adalah anak kepada ALLAHYARHAM TENGKU HAMZAH BIN TENGKU ZAINAL ABIDIN, bekas MB Kelantan ke 7 (1953-1959).
      • DATO HJ NIK MOHD AMAR BIN NIK ABDULLAH (ADUN/Timbalan MB Kelantan) adalah anak kepada ALLAHYARHAM USTAZ HJ NIK ABDULLAH BIN NIK ARSHAD (bekas MP)
      Mohd Amar bin Abdullah 
      • NIK ABDUH BIN NIK ABD AZIZ (MP Pengalan Chepa) adalah anak lelaki kepada DATO NIK ABDUL AZIZ (ADUN Pulau Melaka, bekas MP dan bekas MB Kelantan)
         Nik Abdul Aziz Nik Mat Harakahdaily Bm Related Keywords amp Suggestions


      Senario Melaka
      • DATUK HJ AHMAD BIN HAMZAH (bekas ADUN dan MP Jasin) adalah menantu kepada ALALHYARHAM TUN ABD GHAFFAR BIN BABA (bekas MP/ADUN, bekas KM Melaka, bekas TPM)
      • DATUK TAMRIN (bekas MP Batu Berendam) adalah anak kepada ALLAHYARHAM TUN GHAFFAR BIN BABA.
      • MENDIANG TUN TAN SIEW (bekas Menteri/bekas Presiden MCA) adalah anak kepada MENDIANG TUN TAN CHENG LOCK (bekas Presiden MCA)
       
      Tan Siew Sin dan Tan Cheng Lock
      • ALLAHYARHAM DATUK ABU ZAHAR BIN ITHNIN (bekas ADUN, bekas MP, bekas KM Melaka, bekas Timbalan Menteri)  adalah adik kepada ALLAHYARHAM DATUK AHMAD BIN ITHNIN (bekas MP/ADUN).
      • ROSLAN BIN AHMAD (ADUN Merlimau) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATUK AHMAD BIN ITHNIN (bekas ADUN/MP).
      • BETTY CHEW GEK CHENG (ADUN di Melaka) adalah isteri kepada LIM GUAN ENG (ADUN di Penang/MP Padang Kota dan KM Pulau Pinang)


      • LAKSAMANA TAN SRI ABDUL AZIZ BIN JAFFAR (Panglima Tentera Laut) adalah menantu kepada ALLAHYARHAM TUN GHAFFAR BIN BABA.

        Senario Negeri Sembilan
        • TAN SRI MOHD ISA (bekas MB Negeri Sembilan, bekas ADUN dan bekas MenteriI) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATUK ABD SAMAD (bekas ADUN di NS)
        • KHAIRY JAMALUDIN ABU BAKAR (MP Rembau) adalah menantu DATUK SERI ABDULLAH BADAWI (BEKAS PM/PRESIDEN UMNO)
        • BIBI SHARLIZA MOHD KHALID (bekas ADUN) adalah isteri kepada TAN SRI MOHD ISA ABD SAMAD.

        Senario Pahang
        • ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN (bekas PM Malaysia ke 2) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATUK HUSSEIN (BEKAS MB PAHANG)
        • ALLAHYARHAM TAN SRI HAMZAH BIN ABU SAMAH ( bekas MENTERI) adalah adik ipar kepada ALLAHYARHAM TUN RAZAK (bekas PM)
        • ALLAHYARHAM DATUK ABD HALIM BIN MOHD SETH (bekas ADUN Kerdau) adalah adik kepada ALLAHYARHAM TAN SRI HJ YAHYA BIN MOHD SETH (bekas MB Pahang 1964-1972)
        • DATUK MOHD FAUZI (BEKAS MP Kuantan) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATUK ABDUL RAHMAN BIN TALIB (Bekas Menteri Pusat)
        • DATUK RAHIMAH BINTI MOHD KAWI (Bekas ADUN) adalah adik kepada ALLAHYARHAM DATUK KHAIRUDIN BIN MOHD KAWI (Bekas ADUN/Speaker DUN Pahang)

        • DATO' SRI MOHD NAJIB (Perdana Menteri Malaysia ke 6 dan Presiden UMNO ke 7) adalah anak kepada ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK (Bekas PM Malaysia ke2 dan Presiden UMNO ke 3)

        Senario Perak
        • TAN SRI MOHD TAJUL ROSLI BIN GHAZALI (Bekas MB Perak/Bekas Timbalan Menteri) adalah anak kepada ALLAHYARHAM TAN SRI GHAZALI BIN HJ JAWI (Bekas Menteri Pusat/Bekas MB Perak)
          
        • DATO SERI ONG KA CHUAN (Menteri Pusat/ADUN Perak) adalah abang kepada TAN SRI ONG KA TING (Bekas Menteri Pusat dan Bekas Presiden MCA)
        • DATUK DR MOHD MUJAHID BIN YUSOF (ADUN di Perak) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATO HJ YUSOF BIN ABDULLAH RAWA (bekas MP/bekas ADUN/bekas Timb Menteri dan bekas Presiden PAS)
          
        Mujahid Rawa dan Yusof Rawa
        • LIM SI PIN (Ketua Pemuda Gerakan) adalah anak lelaki kepada MENDIANG TUN DR LIM KHENG YAIK (bekas Menteri dan bekas Priseden Gerakan).
        • DATIN MASTURA BINTI MOHD YAZID (UMNO- Ahli Parlimen Kuala Kangsar) adalah balu kepada ALALHYARHAM DATUK HJ WAN MOHD KHAIRUL ANUAR BIN WAN AHMAD (mantan Ahli Parlimen Kuala Kangsar)


        Senario Perlis
        • TAN SRI RADZI SHEIKH AHMAD (bekas Menteri Pusat) adalah anak kepada ALLAHYARHAM TAN SRI SHIEKH AHMAD BIN MOHD HASHIM, bekas MB Perlis ke 4 (1959-1972)
          
        • DATUK ISMAIL KASIM (MP/bekas Senator) adalah adik kepada DATO SERI DR SHAHIDAN BIN KASIM, bekas MB Perlis ke 8 (1995-2008) dan sekarang Menteri Pusat)
          

        • DATUK AZIHANI BT ALI (bekas ADUN/EXCO PERLIS) adalah anak perempuan kepada ALLAHYARHAM DATUK ALI HJ AHMAD, bekas MB Perlis ke 6 (1981-1986)
          

        Senario Pulau Pinang
        • TUN ABDULLAH BIN AHMAD "BADAWI" (bekas PM Malaysia ke 5) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATUK AHMAD BIN ABDULLAH "BADAWI" (bekas Timbalan KM Pulau Pinang)
        Abdullah Badawi dan Ahmad badawi


        • DATIN SERI DR WAN AZIZAH BINTI DATO' WAN ISMAIL (bekas MP Permatang Pauh)  isteri kepada DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM (bekas TPM, bekas Menteri dan bekas MP). WAN AZIZAH juga dalah anak kepada DATUK WAN ISMAIL BIN WAN MAHMUD seorang bekas pegawai tinggi Awam di Jabatan PM. WAN AZIZAH meletak jawatan MP Permatang Pauh pada 31 Jul 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya ANWAR IBRAHIM untuk bertanding.
        • LIM GUAN ENG (ADUN/MP/Ketua Menteri P.Pinang dan SU Agong DAP) ANAK LELAKI LIM KIT SIANG (MP, Bekas SU Agong DAP dan Pengerusi DAP)
        Image result for karpal singh  Image result for govind singh karpal singh 
        Karpal Singh dan Govind Singh Deo

        • LIM HUI YI (ADUN) adalah anak perempuan kepada LIM KIT SIANG (Bekas SU Agong DAP)
              
        • JAGDEEP SINGH (ADUN) adalah anak kepada KARPAL SINGH (MP)
        • ZAIRIL (ADUN DAP) adalah anak kepada ALLAHYARHAM TAN SRI MOHD KHIR JOHARI (Bekas Menteri Pusat/Bekas MP)
         
        Tan Sri Khir Johari dan Khairil Khir


        Senario Sabah
        • DATUK DR JEFFERY KITINGAN, tokoh pembangkang Sabah yang juga bekas Senator, bekas Timbalan Menteri Pusat, bekas ADUN) adalah adik kepada TAN SRI PAIRIN KITINGAN, MP/ADUN dan bekas KM Sabah- sekarang Timbalan KM Sabah)
        • DATUK AHMAD BAHAROM (Bekas ADUN dan bekas Timbalan KM Sabah) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATUK ABU BAKAR TITINGAN (Bekas ADUN)
        • DATUK AMIR KAHAR (Bekas ADUN) adalah anak kepada ALLAHYARHAM TUN DATU MUSTAPHA (Bekas KM Sabah, Bekas YDPN Sabah dan bekas Presiden USNO)
        • DATUK BADARUDDIN (Bekas ADUN) adalah juga anak kepada ALLAHYARHAM TUN DATU MUSTAPHA
        • TOH PUAN RAHIMAH (Bekas Menteri Sabah) adalah isteri kepada ALLAHYARHAM TUN MOHD FUAD STEPHEN (Bekas Ketua Menteri Sabah, bekas Presiden Parti Berjaya dan Bekas YDPN Sabah)
        • DATUK SERI ANIFAH AMAN (Menteri Pusat) adalah adik kepada DATUK SERI MUSA AMAN (Ketua Menteri Sabah)
          Image result for musa aman
        • DATUK MOHD SALLEH  (Bekas Ketua Menteri Sabah/Menteri Pusat) adalah anak kepada ALLAHYARHAM TUN MOHD SAID BIN KERUAK (Bekas Ketua Menteri Sabah dan Bekas YDPN Sabah)
          
        • DATUK MOHD NASIR (Menteri Sabah) adalah anak kepada TUN SAKARAN BIN DANDAI (Bekas Menteri Pusat/Bekas Ketua Menteri Sabah dan Bekas YDPN Sabah). Kebetulan juga Nasir adalah sepupu kepada Shafie Afdhal.

            Datuk Nasir Sakaran 
          
        Shafie Apdhal dan Yusof Apdhal

        • DATUK YUSUF APDHAL (ADUN Lahad Datu) adalah adik kepada DATUK SERI MOHD SHAFIE BIN APDHAL (mantan Menteri Pusat/MP SEMPORNA)
        • DATUK AZIZAH BINTI MUHD DUN (bekas ADUN dan Timbalan Menteri) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATUK MUHD DUN BIN BANIR (bekas ADUN)

        Senario Sarawak
        • PEHIN TAN SRI TAIB BIN MAHMUD (bekas Menteri Pusat dan bekas KM Sarawak) adalah anak saudara kepada TUN HJ ABDUL RAHMAN BIN YAAKOB (bekas KM, bekas YDPN dan bekas Menteri Pusat)
        • DATUK SULAIMAN ABDUL RAHMAN BIN TAIB (bekas MP/bekas Timbalan Menteri) adalah anak kepada PEHIN TAN SRI TAIB BIN MAHMUD (bekas Menteri Pusat dan bekas KM Sarawak ke 4).
        • DATUK NORAH ABD RAHMAN (MP Tg Manis) adalah anak kepada TUN ABDUL RAHMAN BIN YAAKUB (bekas YDPN Sarawak, bekas KM Sarawak ke 3 dan bekas Menteri Persekutuan)
        • DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (MP Kapit) adalah anak kepada DATUK LEONARD LINGGI  JUGAH (bekas MP Kapit) manakala DATUK LEONARD LINGGI adalah anak kepada TUN TEMENGGONG JUGAH ANAK BARIENG (bekas MP, bekas Menteri)
          
        • TUN ABANG HJ ZOHARI (Ketua Menteri Sarawak ke 6) adalah anak kepada ALLAHYARHAM TUN HJ ABANG OPENG (bekas Gabenor Sarawak)

        •  
          .
        • LARRY S'NG WEI SHIEN (ADUN Pelagus (2006-2011)/bekas Pembantu Menteri) adalah anak lelaki kepada DATUK S'NG CHEE HUA (bekas ADUN Pelagus/MP Julau)

           Related image
        S'ng CH dan Larry S'ng WS.
        • PUAN SRI JAMILAH BINTI ANU (ADUN Tanjung Datu) adalah balu mengambil-alih kerusi ADUN dari suaminya ALLAHYARHAM TAN SRI ADENAN BIN HJ SATEM 9(bekas ADUN/MP/Menteri Persekutuan/Ketua Menteri Sarawak).





        Senario Selangor

        • ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD RAZALI BIN MOHD ALI, bekas ADUN dan bekas MB Selangor (1982-1986) adalah adik ipar kepada TUN DR MAHATHIR (bekas PM). 

         
        • DATIN PADUKA HJH NORHAYATI (Senator/Ketua Wanita UMNO Selangor) adalah anak perempuan kepada ALLAHYARHAM TAN SRI ONN BIN ISMAIL (bekas MP/bekas ADUN Selangor dan bekas Pengerusi Tetap UMNO)
        • KHALID ABDUL SAMAD, MP Shah Alam (PAS) adalah adik kepada TAN SRI SHAHRIR ABDUL SAMAD, MP Johor Bahru (UMNO) dan bekas Menteri.
        • GOBIND SINGH DEO (MP Puchong, Selangor) adalah anak kepada KARPAL SINGH (MP Tanjung, PP)
        • DATO AHMAD NAWAWI  (bekas ADUN) dan DATO NASARUDDIN (tokoh UMNO- calon UMNO PRU13) adalah anak-anak kepada ALLAHYARHAM DATO MOHD ZIN BIN SULAIMAN (bekas ADUN).
        • DATIN SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL Ahli DUN Kajang yang juga Presiden PKR telah memenangi PRK DUN Kajang pada 9 Mac 14 adalah isteri kepada ANWAR IBRAHIM (MP Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen dan Ketua Umum PKR) setelah suaminya DATO SERI ANWAR IBRAHIM diisytiharkan  tidak layak untuk bertanding.

          Wilayah Persekutuan

          • MENDIANG TAN SRI ALEXANDER LEE YU LONG (bekas Timbalan Menteri) adalah anak kepada MENDIANG COL (B) TUN HENRY LEE HAU SHEK (bekas Menteri)
            Tun Henry H S Lee.jpg
          Alex Lee YL dan Henry Lee HS
          • NURUL IZZAH BINTI DATO SERI ANWAR IBRAHIM (MP Lembah Pantai) adalah anak kepada DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM, MP dan Bekas TPM Malaysia. Ibu NURUL IZZAH, iaitu DATIN SERI DR WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL adalah bekas MP Permatang Pauh.


          KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menyaksikan pertembungan calon yang mempunyai pertalian keluarga di beberapa buah kerusi Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri (DUN).
            
          Pertembungan paling mencuri tumpuan pastinya membabitkan adik-beradik Kitingan di Sabah di kerusi Parlimen Keningau antara Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan adiknya Datuk Dr Jeffrey daripada Parti Reformasi Negeri (Star).
            
          Ini merupakan percubaan kedua Dr Jeffrey selepas tewas kepada abangnya pada dua pilihan raya umum sebelum ini.
            
          Turut menarik perhatian ialah penglibatan Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan adiknya Khalid, masing-masing di Parlimen Johor Baharu dan Shah Alam.
            
          Walaupun bersaudara, perjuangan dan ideologi politik yang berbeza membawa mereka ke gelanggang berlawanan, Shahrir akan mempertahankan kerusi Johor Baharu atas tiket BN manakala Khalid melalui PAS.

          Sementara itu, di utara Semenanjung kedudukan Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah mungkin tergugat apabila bakal ditentang sepupunya, Mohd Fadzillah Mohd Ali daripada BN di kerusi DUN Sungai Limau yang disandangnya ketika ini.

          Selain itu, penyertaan dua bersaudara pada PRU13 ini juga dapat disaksikan menerusi pencalonan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail (BN) di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala adiknya Datuk Saifuddin Nasution Ismail daripada PKR yang akan bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu, meninggalkan kerusi Kubang Kerian, Kelantan yang dimenanginya pada 2008.
            
          DUN Tenang dan Buloh Kasap di Johor juga menyaksikan kehadiran calon BN adik-beradik membabitkan Mohd Azhar Ibrahim di DUN Tenang dan adiknya Norshida, yang bertanding di DUN Buloh Kasap.
            
          Di Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan bapa saudaranya Syed Hamid Syed Mohamed akan bertarung mempertahankan kerusi DUN Kerdau dan Kuala Semantan, masing-masing atas tiket BN dan PAS.
            
          Di Shah Alam, Datuk Nasarruddin M Zin dan abangnya Ahmad Nawawi akan membawa panji BN menentang calon PKR di kerusi DUN Pelabuhan Klang dan Batu Tiga, dengan Nasarruddin berdepan tugas getir berhadapan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berpindah dari DUN Ijok.

          Sementara itu di Sabah, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Semporna turut menyaksikan adiknya Datuk Yusof ke kancah politik yang bertanding di DUN Lahad Datu buat kali pertama.
            
          Calon adik-beradik masih kekal di pihak pakatan pembangkang, dengan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan Karpal Singh mendominasi senarai calon yang bertanding.
            
          Anwar kekal bertanding di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, manakala puteri sulung beliau Nurul Izzah kekal mempertahankan Parlimen Lembah Pantai berhadapan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
            
          Anak kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz pula akan bertanding di Parlimen Pasir Mas, manakala bapanya kekal mempertahankan DUN Chempaka buat kali kelima.
            
          Kit Siang pula meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timur di Perak untuk mencuba nasib di Parlimen Gelang Patah, Johor manakala anaknya, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang kekal di kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Puteh.

          Sementara itu, Gobind Singh Deo kekal bertanding di Parlimen Puchong, Selangor manakala bapa dan abangnya Jagdeep akan mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor dan DUN Datok Keramat di Pulau Pinang.
            
          Di Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri akan bertanding di Parlimen Arau selepas bertukar kerusi dengan adiknya Datuk Ismail di kerusi DUN Tambun Tulang.
            
          Tidak ketinggalan, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan adiknya Datuk Anifah Aman akan mempertahankan kerusi yang disandang, masing-masing di DUN Sungai Sibuga dan Parlimen Kimanis.
            
          Manakala Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow, yang diuar-uarkan sebagai bakal Ketua Menteri negeri itu akan bertanding di DUN Bukit Tengah, berbanding abangnya Teng Chang Khim yang bersaing di DUN Sungai Pinang, Selangor mewakili DAP.

          KESIMPULAN

          Secara keseluruhannya, isu pertalian darah dalam pemerintahan sesebuah negara atau negeri ini bukan satu benda baru dan ia berlaku di seluruh dunia sejak zaman berzaman. Ia bukan satu kesalahan sama ada dari segi agama atau etika KECUALI jika pemilihannya berasaskan cara yang TIDAK BETUL. Cara yang tak betul ini yang disebut sebagai kronisme dan nepotisme.




          TUN ZAKU BIN AZMI mantan Ketua Hakim Negara ke 12 (2008-2011) adalah anak kepada ALLAHYARHAM TUN AZMI BIN MOHAMAD, MANTAN Ketua Hakim Negara ke 2 (1968-1974).

          Image result for tun azmi  Image result for tun azmi


          ALLAHYARHAM LT JEN (B) DATO JAAFAR BIN ONN (mantan Timbalan PTD) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATO SIR ONN BIN JAAFAR. Allahyarham juga adik kepada mantan PM ke 3  ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN ONN dan bapa saudara kepada MENHAN sekarang DATO SRI HISHAMMUDDIN. Jaafar pernah bertanding PRU 1990 sebagai calon PMS46



          ALLAHYARHAM TUN ISMAIL BIN MOHD ALI (mantan Gabenor Bank Negara) adalah adik kepada mantan MB Selangor ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD RAZALI BIN MOHD ALI dan juga abang kepada TUN HASMAH BINTI MOHD ALI (isteri TUN DR MAHATHIR)


          Related image



          JEN (B) TAN SRI GHAZALI BIN MOHD SETH (bekas PAT) adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATO MOHD SETH BIN MOHD SAID (bekas Setiausaha Kerajaan Johor dan tokoh perunding kemerdekaan dari Johor). Isteri GHAZALI, PUAN SRI NORZIAH BT ONN adalah anak kepada ALLAHYARHAM DATO ONN JAAFAR. Isteri ALLAHYARHAM TUN DR ISMAIL, ALLAHYARHAMAH iaitu TOH PUAN NORASHIKIN adalah adik kepada JEN (B) TAN SRI GHAZALI.




          JEN (B) TAN SRI HASHIM BIN MOHD ALI (mantan PAT) adalah adik kepada.ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD RAZALI BIN MOHD ALI (bekas ADUN dan bekas MB Selangor (1982-1986) adalah juga adik kepada ALLAHYARHAM TUN ISMAIL MOHD ALI (bekas Gabenor Bank Negara) dan  juga adik ipar kepada TUN DR MAHATHIR (mantan PM ke 4).

          Image result for tan sri jeneral hashim ali

          ALLAHYARHAM LT JEN (B) DATO NIK FAKHRUDDIN KAMIL (mantan Timbalan PTD) adalah anak kepada ALLAHYARHAM TAN SRI NIK AHMAD KAMIL (mantan MB Kelantan dan mantan Speaker Dewan Rakyat)


          No comments:

          Post a Comment